KUALA LUMPUR:Skuad terjun negara berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pada edisi sulung Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian Malaysia yang bermula hari ini meskipun sudah lama tidak menyertai sebarang kejohanan.
Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee menepati ramalan apabila menjuarai acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita selepas mengumpul 230.58 mata, mengatasi dua pasangan Australia Milly Puckeridge-Zara Tullipan (189.75) dan Harriet Kaan-Ellie Cole (171.36).
Nur Dhabitah, 21, yang meraih pingat emas 3m papan anjal individu pada Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 berkata beliau berpuas hati dapat kembali beraksi walaupun dalam suasana berbeza tanpa kehadiran penonton di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini.
"Saya gembira dan pada masa sama gementar sebab dah lama tidak bertanding. Sejujurnya saya sangat berpuas hati dengan terjunan hari ini. Kejohanan ini juga beri satu pengalaman baharu...sangat-sangat sunyi tetapi yang bagusnya kami ada rakan sepasukan yang memberikan sokongan," katanya.
Beliau yang telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan berkata sesuatu yang pelik sekiranya kejohanan terjun berlangsung dalam suasana sunyi.
Sementara itu, Wendy menyifatkan kejohanan terjun dalam talian sebagai medan awal mengukur prestasi dalam misi memburu tiket ke Olimpik di Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2021 pada 18 hingga 23 April di Tokyo.
"Sangat teruja dan gembira apabila kami dapat melakukan terjunan. Ini adalah pengalaman terbaik sebab tidak pernah ada kejohanan maya seperti sebelum ini, pengalaman yang bagus buat kami sebelum Piala Dunia," katanya.
Dalam pada itu, Malaysia turut mendominasi acara 3m papan anjal individu lelaki menerusi Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei yang muncul juara dan naib juara selepas masing-masing meraih 408.05 mata dan 356.60 mata sementara penerjun Jepun Reo Sakata ketiga dengan 342.10 mata.
"Persembahan saya agak sederhana sebab berlaku sikit kesilapan tapi secara keseluruhan memuaskan. Dalam keadaan COVID-19 masih perlu diawasi, idea pelaksanaan kejohanan dalam talian ini agak bagus untuk pastikan atlet sentiasa merasai mood kejohanan," kata penerjun berusia 27 tahun itu.
Dalam acara 10m platform individu wanita, penerjun Australia Olivia O'Rourke muncul juara selepas mengutip 248.60 mata sementara Mei Nagasawa dari Jepun di tempat kedua (247.85) dan Sofia Knight dari Australia ketiga (232.60).
Esok, empat acara akan berlangsung iaitu 3m papan anjal individu wanita, 10m platform seirama wanita, 3m papan anjal seirama lelaki dan 10m platform individu lelaki.
Kejohanan berkenaan adalah pertandingan pertama disertai skuad terjun negara dalam tempoh hampir setahun susulan penularan pandemik COVID-19.
Kejohanan dua hari itu disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) mempertandingakan acara Sukan Olimpik dan disertai lima negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Jepun, Australia dan New Zealand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Kejohanan berkenaan adalah pertandingan pertama disertai skuad terjun negara dalam tempoh hampir setahun susulan penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.