Langkah pemain remaja wanita negara, S. Sivasangari berkelana di Amerika Syarikat sejak lima bulan lalu tampak membuahkan hasil apabila menyingkirkan pemain pilihan ketiga, Joey Chan untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-20, di sini pada Jumaat.
Beraksi dalam gelanggang kaca di Arena Nicol David, Bukit Jalil di sini, pemain berusia 20 tahun itu melakukan kejutan apabila mengambil masa 38 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong berusia 30 tahun itu dengan 11-7, 11-8, 14-17, 11-8.
Sivasangari, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, membuktikan bahawa status ranking ke-50 dunia miliknya tidak menghalang pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, untuk mengalahkan pemain berpengalaman seperti Joey Chan yang kini menghuni ranking ke-19 dunia.
Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu akan membuat perhitungan dengan pemain pilihan kedua, Joshana Chinappa dari India di separuh akhir pada Sabtu.
Joshana turut mara ke separuh akhir apabila menundukkan rakan senegara, Tanvi Khanna, pilihan ke-14, 12-10, 13-11, 11-7 dalam masa 34 minit.
Sivasangari kini menuntut di Universiti Cornell di Ithaca, New York, sejak Januari lalu dan turut menyertai sirkit tempatan di negara itu.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Low Wee Wern bangkit daripada ketinggalan dua set untuk mara ke separuh akhir apabila menewaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe 5-11, 5-11, 11-1, 11-8, 11-8 dalam pertarungan selama 46 minit.
Wee Wern, pilihan keempat, bagaimanapun, bakal menghadapi tugas getir apabila bertemu pemain pilihan utama, Annie Au dari Hong Kong yang hanya mengambil masa 29 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Liu Tsz Ling 12-10, 12-10, 11-5.
Dalam acara lelaki, bekas juara remaja dunia dua kali, Ng Eain Yow, satu-satunya wakil negara menjejak kaki ke pentas separuh akhir selepas Mohd Naffizwan Adnan dan Ivan Yeun Chee Wern tumpas di peringkat suku akhir.
Eain Yow, pemain pilihan ketujuh, mengejutkan pemain pilihan ketiga, Max Lee Ho Yin dari Hong Kong 11-8, 8-11, 11-7, 11-7 dalam masa 50 minit untuk berdepan dengan pilihan utama, Saura Ghosal dari India, Sabtu.
Saura mengambil masa 34 minit untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila mengalahkan Mohd Nafiizwan 11-4, 11-4, 11-3.
Ivan Yeun ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Hong Kong, Leo Au Chun Ming dengan keputusan 6-11, 11-7 11-5, 11-7 dalam pertarungan selama 62 minit.
KEPUTUSAN SUKU AKHIR:
(Nota: Tanda [ ] pemain pilihan)
LELAKI:
[7] Ng Eain Yow (MAS) mn [3] Max Lee Ho Yin (HKG) 11-8, 8-11, 11-7, 11-7
[1] Saurav Ghosal (IND) mn [6] Mohd Nafiizwan Adnan (MAS) 11-4, 11-4, 11-3
[4] Leo Au Chun Ming (HKG) mn [8] Ivan Yuen Chee Wern (MAS) 6-11, 11-7, 11-5, 11-7
[2] Yip Tsz Fung (HKG) mn [5] Abdullah Mohammad Al Tamimi (QAT) 11-8, 11-5, 11-3
WANITA:
[6] S. Sivasangari (MAS) mn [3] Joey Chan (HKG) 11-7, 11-8, 15-17,11-8
[4] Low Wee Wern (MAS) mn [9] Satomi Watanabe (JPN) 5-11, 5-11, 11-1, 11-8, 11-8
[1] Annie Au Wing Chi (HKG) mn [5] Liu Tsz Ling (HKG) 12-10, 12-10, 11-5
[2] Joshana Chinappa (IND) mn [14] Tanvi Khanna (IND) 12-10, 13-11, 11-7
-- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019
Sivasangari melakukan kejutan apabila mengambil masa 38 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong, Joey Chan. - Foto fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy Klasik London: Sivasangari singkir pemain No. 1 dunia El Sherbini
Juara Sukan Asia 2022 itu mengambil masa 24 minit untuk mencipta kejutan ke atas El Sherbini 11-9, 11-9.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.
Sivasangari rangkul gelaran juara di Hong Kong
Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong hari ini.
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
Sukan Asia: Pemain skuasy S. Sivasangari menggondol pingat emas acara perseorangan wanita
Pemain skuasy Malaysia, Sivasangari Subramaniam menggondol pingat emas dalam acara perseorangan wanita dalam Sukan Asia Hangzhou 2023.
Sivasangari bangkit daripada kemalangan untuk rangkul emas
Selepas terbabit kemalangan di Kuala Lumpur pada Jun 2022, timbul persoalan sama ada Sivasangari masih mampu kembali ke gelanggang.
Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.