awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy Terbuka DPD: Nicol tersingkir 

Bernama
Bernama
12/04/2019
08:45 MYT
Skuasy Terbuka DPD: Nicol tersingkir 
Sherbini (hadapan) berkata, bermain menentang Nicol adalah detik istimewa dalam hidupnya. - Astro ARENA
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka DPD 2019 selepas kalah kepada juara bertahan dunia, Nour El Sherbini dari Mesir dalam perlawanan pusingan kedua di Eindhoven, Belanda, pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Sherbini, pilihan kedua, terbukti terlalu gagah bagi pemain kelahiran Pulau Pinang itu, apabila menang selesa 11-8, 11-4, 11-2 dalam hanya 21 minit.
Mengulas tentang kekalahan itu, Nicol berkata Sherbini berada dalam kedudukan terbaik untuk memenangi perlawanan itu, dan menambah, beliau memberi tentangan habis-habisan namun lawannya itu membuktikan beliau adalah pemain terbaik di dunia.
"Beliau (Sherbini) masih meneruskan aksi cemerlangnya, saya amat kagum dengan tiga kejuaraan dunia yang diraihnya setakat ini," Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang kejohanan, www.dpdopensquash.com.
Nicol, yang tinggal di Amsterdam, mengucapkan terima kasih kepada penduduk tempatan yang sentiasa memberi sorakan galakan kepadanya sejak 16 tahun lepas, terutamanya apabila beliau memenangi dua kejuaraan dunia di negara Eropah.
"Sungguh hebat apabila ada pasukan sorak yang memberi galakan kepada saya dan menyokong saya sehingga ke penamat.
"Saya fikir cara penduduk dan cara SquashCity itu menjadikan mereka sebuah keluarga sebenar kepada saya yang berada jauh dari tanah air. Memang seronok berada di sini dan saya rasa belum puas, ia amat hebat, begitu banyak kenangan indah," kata Nicol.
Nicol yang akan bersara pada akhir musim ini, merakamkan penghargaan kepada bekas legenda skuasy Australia, Liz Irving yang sentiasa berada bersama sepanjang jatuh bangun kerjayanya sejak 16 tahun lepas.
Sementara itu, Sherbini berkata bermain menentang Nicol yang merupakan antara legenda sukan skuasy sejak beberapa dekad lepas adalah detik istimewa dalam hidupnya.
"Saya telah beberapa kali berdepan dengan beliau dan perlawanan itu sentiasa istimewa. Beliau banyak berjasa kepada sukan kita dan saya pula banyak belajar daripadanya. Semasa usia saya masih muda, saya sentiasa menyanjung beliau, jadi memang sukar untuk bermain menentangnya," kata Sherbini.
"Saya rasa kali pertama kami beraksi adalah di Malaysia dan beliau kalahkan saya 3-0 dalam masa 20 minit. Saya juga kalahkan beliau 3-2 di Malaysia buat kali pertama dalam Kejohanan Dunia. Ia satu daripada pencapaian terbesar dalam hidup saya," kata pemain kelahiran Alexandria ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#Belanda
#bersara
#kalah
#kejuaraan dunia
#LIZ IRVING
#Malaysia
#Mesir
#Nicol David
#Nour El Sherbini
#pasukan sorak
#Skuasy
#SquashCity
#Terbuka DPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan