awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy Terbuka Macau: Mohd Nafiizwan tundukkan pilihan utama

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2015
02:00 MYT
Skuasy Terbuka Macau: Mohd Nafiizwan tundukkan pilihan utama
Mohd Nafiizwan (kanan) akan berdepan dengan seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouki di separuh akhir esok.
Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Omar Mosaad di suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Macau di Centro de Bowling, Macau semalam.Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Omar Mosaad di suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Macau di Centro de Bowling, Macau semalam.
Kemenangan 7-11, 11-4, 11-8, 6-11, 11-7 dalam masa 75 minit ke atas pemain Mesir itu turut memberi peluang kepada Mohd Nafiizwan untuk memburu gelaran keduanya musim ini selepas mara ke separuh akhir.
Mohd Nafiizwan yang meraih gelaran pertamanya musim ini di Kejohanan Klasik Antarabangsa New Zealand pada Jun lepas, akan berdepan dengan seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouki di separuh akhir esok.
Fares yang juga pilihan keenam mara ke separuh akhir selepas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menjinakkan pilihan ketiga, Borja Golan dari Sepanyol 9-11, 9-11, 11-4, 11-8, 11-7 dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlarutan selama 98 minit.
Cabaran pemain wanita negara berakhir di pusingan pertama semalam selepas Delia Arnold kalah di tangan pilihan kedua, Nour El Tayeb dari Mesir.
Topic Berkaitan
#Fares Dessouki
#Mohd Nafiizwan
#Omar Mosaad
#Skuasy
#Terbuka Macau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan