awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SLTA boleh terus anjur kejohanan tenis antarabangsa

Bernama
Bernama
18/02/2020
22:26 MYT
SLTA boleh terus anjur kejohanan tenis antarabangsa
ABDUL KARIM: Ia perlu ada rayuan dan nama (pemain dari China) diberikan kepada kerajaan negeri supaya ada pengecualian kepada mereka. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak mahu Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) untuk meneruskan rancangan mereka menganjurkan tiga kejohanan antarabangsa, bermula Mac ini, biarpun semasa negara China dilanda wabak COVID-19 ketika ini.
Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SLTA boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi membenarkan kemasukan pemain dari China untuk bertanding pada kejohanan berkenaan.
"Mungkin JPBNS perlu melihat perkara ini, saya tidak boleh memutuskan tentang perkara ini. Ia perlu ada rayuan dan nama (pemain dari China) diberikan kepada kerajaan negeri supaya ada pengecualian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mempromosi Piala Ketua Menteri Sarawak ke-35, Piala Davis Remaja dan Piala Fed Remaja, pada Selasa.
Kejohanan Piala Ketua Menteri Sarawak bakal disertai 150 pemain tenis dari 37 negara, termasuk 11 pemain dari China dan akan berlangsung di Pusat Tenis SLTA di sini, dari 10 hingga 15 Mac depan.
Piala Davis Remaja pula dijadual diadakan dari 5 hingga 10 April, manakala Piala Fed Remaja dari 30 Mac hingga 4 April. Kedua-dua kejohanan itu dijangka disertai, antaranya pemain dari China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#China
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#kejohanan antarabangsa
#koronavirus
#pemain China
#pengecualian
#Persatuan Lawn Tenis Sarawak
#Piala Davis Remaja
#Piala Ketua Menteri Sarawak
#rayuan
#Sarawak
#SLTA
#sukan
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan