awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solskjaer bakal usir Van Dijk dari rumahnya?

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
28/03/2019
21:37 MYT
Solskjaer bakal usir Van Dijk dari rumahnya?
Van Dijk terpaksa cari rumah baru selepas Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap Manchester United.
PELANTIKAN Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap Manchester United bermakna pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mungkin kena pindah rumah.
Menurut laporan akhbar UK, Standard, Van Dijk sedang menyewa rumah yang dimiliki Solskjaer, selepas pengendali the Red Devils itu pulang ke kampung halamannya untuk menjadi pengurus pasukan FK Molde.
Rumah di Cheshire itu dibeli Solskjaer semasa dia bermain untuk United dan kembali menduduki rumah tersebut semasa mengurus pasukan simpanan pasukan itu.
Van Dijk mula menyewa rumah tersebut selepas berhijrah dari Southampton ke Liverpool.
Sejak menjadi pengurus sementara United, Solskjaer tinggal di Hotel Lowry dan dijangka mahu kembali semula ke rumah miliknya jika dilantik sebagai pengurus tetap.
Malah Solskjaer pernah menyatakan bahawa dia akan ‘menghalau’ Van Dijk jika dilantik sebagai pengurus tetap dalam satu sidang media pada awal Mac.
Cheshire terletak di barat laut England dan terletak di tengah-tengah di antara Merseyside dan Manchester.
Destinasi ke Anfield dan Old Trafford dari Cheshire adalah lebih kurang 40 hingga 45 kilometer dan mungkin sudah tiba masa Van Dijk berpindah lebih dekat dengan Anfield.
Topic Berkaitan
#Cheshire
#Liverpool
#Manchester United
#Old Trafford
#Solskjaer
#Virgil Van Dijk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan