awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Son Heung-Min bantu Spurs raih tiga mata penuh

Astro Arena
Astro Arena
25/09/2016
01:28 MYT
Son Heung-Min bantu Spurs raih tiga mata penuh
Son yang kini sudah merakamkan empat jaringan gol sepanjang tiga aksi pertamanya sekaligus menyamai jumlah yang dijaringkannya sepanjang musim lalu. - Foto AFP
TOTTENHAM Hotspur berjaya melakar kemenangan tanpa kelibat penyerang Harry Kane apabila Son Heung-Min meledak dua gol membantu pasukan itu mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Middlesbrough di Stadium Riverside, semalam.
Boro bangkit merapatkan kedudukan di babak kedua perlawanan, namun pasukan pelawat berjaya menjaringkan dua gol awal untuk memungut tiga mata penuh.
Son yang kini sudah merakamkan empat jaringan gol sepanjang tiga aksi pertamanya sekaligus menyamai jumlah yang dijaringkannya sepanjang musim lalu.
Spurs memulakan perlawanan dengan langkah kanan, Moussa Sissoko dan Dele Alli melakukan percubaan di awal permainan sebelum membuka jaringan seawal minit ketujuh, Vincet Janssen melakukan hantaran untuk mencari Son sebelum melepaskan rembatan yang berjaya mengelirukan penjaga gol, Victor Valdes.
Bekas pemain Bayer Leverkusen itu, menggandakan jaringan pada minit ke-23, selepas menggelecek melepasi beberapa pertahanan sebelum menewaskan Valdes buat kali kedua.
Middlesbrough membawa masuk Adama Traore dan Jordan Rhodes di babak kedua perlawanan dan telah berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 pada minit ke-65, Ben Gibson menanduk masuk hantaran Stewart Downing melalui sepakan percuma.
Boro berpeluang untuk menyamakan kedudukan, namun tandukkan Rhodes berjaya diselamatkan penjaga gol Hugo Lloris.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#EPL
#Middlesbrough
#Son Heung-min
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan