awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2024
23:20 MYT
Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara
Soon Huat-Shevon akur kehebatan Cheng Xing-Zhang Chi. - Foto Craig/Sinar Harian
CABARAN juara Terbuka Switzerland, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti di pusingan pertama Sepanyol Masters Super 300 selepas tewas kepada wakil China, Cheng Xing-Zhang Chi pada Rabu.
Beregu campuran ranking ke-13 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada juara Orleans Masters juga pasangan ke-58 dunia tersebut di Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid dalam masa 34 minit.
Bagi acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao nombor 37 dunia mara ke pusingan kedua selepas mengatasi pemain Sepanyol, Pablo Abian (65 dunia), 21-16, 21-18 dalam masa 38 minit.
Pada Selasa, cabaran beregu lelaki negara nombor 48 dunia, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong William juga berakhir selepas sehabis kudrat menyaingi wakil Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer (nombor 64 dunia) sebelum tewas 16-21, 19-21 dalam aksi 31 minit.
Pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei (nombor 60 dunia) juga turut mengakhiri cabaran di pusingan kelayakan selepas tewas kepada wakil Singapura, Jason Teh (nombor 61 dunia), 18-21, 18-21 dalam masa 39 minit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Terbuka Switzerland
#Goh Soon Huat-Shevon Lai
#Leong Jun Hao
#Sepanyol Masters Super 300
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan