KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah mengaplikasi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan keselamatan kontinjen negara yang berlepas ke Olimpik Tokyo berada pada tahap terbaik berikutan wabak COVID-19.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang mengadakan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, berkata langkah itu merupakan kesinambungan SOP gelembung sukan yang sedang dilalui oleh atlet bakal beraksi di Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
"Saya fikir langkah-langkah yang dibuat oleh MAG dan MAHB ini adalah amat terperinci. Mudah-Mudahan ini akan memberi keyakinan untuk atlet kita yang akan bertanding di Tokyo nanti," katanya menerusi satu video.
Beliau juga menyifatkan pelaksanaan SOP itu, yang mengambil kira pelbagai aspek bermula dari ketibaan di KLIA sehinggalah persiapan di dalam kabin, sebagai antara yang berjaya dengan kerjasama komprehensif pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Reezal Merican berkata proses ketat itu akan turut memberi keyakinan kepada penumpang lain yang tiba di Malaysia dan pihak kerajaan.
"Kalau ada mana-mana organisasi atau sektor lain mahu melihat pengaplikasian SOP yang amat berjaya, boleh datang tengok di KLIA, ia amat ketat namun begitu komprehensif," katanya.
Barisan atlet seterusnya akan ke Tokyo pada 17 Julai ini selepas pasukan pelayaran berlepas pada 8 Julai dengan protokol keselamatan serupa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
GAMBAR FAIL: Pasukan pelayaran negara berlepas ke Tokyo bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Majlis Flag Off Kontinjen Olimpik di KLIA pada 8 Julai, 2021. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
SOP di KLIA terperinci, selamat untuk atlet - Reezal Merican
Reezal Merican berkata proses ketat itu akan turut memberi keyakinan kepada penumpang lain yang tiba di Malaysia dan pihak kerajaan.