awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spalletti dilantik ketua jurulatih Itali yang baharu

Bernama
Bernama
19/08/2023
05:30 MYT
Spalletti dilantik ketua jurulatih Itali yang baharu
Spalletti bagaimanapun masih perlu memutuskan sama ada untuk berpisah dengan kelab itu selepas kejayaan tersebut. - Gambar fail/AP
ROME: Luciano Spalletti telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Itali umum FIGC, badan induk bola sepak negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Spalletti, 64, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang hebat, pernah mengetuai Udinese, Roma, Zenit Saint Petersburg, Inter Milan dan membimbing Napoli untuk memenangi gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun musim lalu.
Bagaimanapun jurulatih berasal dari Tuscan itu masih perlu memutuskan sama ada untuk berpisah dengan kelab itu selepas kejayaan tersebut.
"Kami mengalu-alukan Spalletti," kata presiden FIGC Gabriele Gravina. "Pasukan kebangsaan memerlukan jurulatih yang hebat dan saya sangat gembira kerana beliau telah menerima tawaran menerajui Azzurri. Semangat dan kepakarannya akan menjadi asas untuk cabaran yang menanti Itali dalam beberapa bulan akan datang."
Spalletti menggantikan Roberto Mancini yang meletak jawatan secara mengejut pada Ahad lalu.
Beliau yang menandatangani kontrak sehingga 2026, akan memulakan tugasnya mulai 1 September. Spalletti akan diperkenalkan secara rasmi di pusat latihan kebangsaan di Coverciano pada awal September sebelum aksi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara dan Ukraine.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Luciano Spalletti
#ketua jurulatih
#skuad kebangsaan Itali
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan