awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers bermula langkah kiri di Oman

Bernama
Bernama
15/01/2024
22:00 MYT
Speedy Tigers bermula langkah kiri di Oman
Pada aksi yang penuh dramatik berlangsung di Stadium Hoki Oman, Speedy Tigers menerima tentangan sengit China di awal permainan. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Hasrat skuad hoki lelaki negara untuk mengutip mata pertama di aksi sulung kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 musnah, apabila ditewaskan China 3-2 pada saingan peringkat Kumpulan A di Muscat, Oman malam tadi.
Kekalahan itu sekali gus menambah luka skuad negara yang diberi julukan Speedy Tigers apabila gagal membalas dendam ke atas pasukan di bawah kendalian Weng Haiqin itu, yang sebelum ini telah diikat 4-4 pada pertemuan terakhir di Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu.
Pada aksi yang penuh dramatik berlangsung di Stadium Hoki Oman menyaksikan skuad bimbingan A. Arul Selvaraj menerima tentangan sengit China di awal permainan, sebelum berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-29.
Kegembiraan Speedy Tigers itu tidak kekal lama, apabila pasukan China bangkit menyamakan kedudukan selepas Lin Changliang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-31, sebelum menjadi 2-1, apabila Chao Jieming menyudah gol padang tiga minit kemudian.
Kedudukan sekali lagi terikat 2-2, apabila Speedy Tigers menyudahkan pukulan sudut penalti menerusi Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-47, namun China berjaya membuat pecutan akhir dengan meledak pukulan sudut penalti menerusi Gao Jiesheng pada minit ke-60.
Speedy Tigers dijadual bertemu Great Britain hari ini bagi perlawanan seterusnya.
Kejohanan Kelayakan Olimpik 2024, di Muscat merupakan pentas terakhir bagi semua pasukan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, dengan tiga pasukan terbaik kejohanan akan meraih slot ke temasya tertinggi dunia itu.
Kali terakhir skuad hoki negara layak beraksi di Sukan Olimpik ialah di Sydney pada 2000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024
#hoki lelaki negara
#Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan