“KAMI lawan dengan 12 pemain.”
Demikian kekecewaan yang diluahkan jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel, yang menempelak mutu pengadilan ketika mereka kecundang 1-2 di tangan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Ahad.
Mata pasukannya ibarat dirompak lagi dan kritikan terbuka pengendali kelahiran Perancis itu terhadap pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria, tampak menjadi isyarat pertemuan berkenaan mungkin menjadi sentuhan terakhirnya bersama Tok Gajah.
Lebih-lebih lagi pelawat tewas empat perlawanan dalam lima aksi terakhir di sebalik menukar tiga pemain import dalam jendela kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga-M).
Dalam perlawanan itu, Terengganu menerima dua sepakan penalti -- Faisal Halim mencetuskan kontroversi ketika meraikan jaringan kemenangan -- sementara usaha kebangkitan lewat anak buah Gamel hanya membuahkan gol sagu hati yang dihasilkan Malik Ariff.
BACA: Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
"Hari ini kami lawan 12 pemain kerana pengadil memang teruk.
"Ini kali pertama saya bercakap seperti ini, saya tidak pasti pula di Malaysia selalu begitu.
"Ia memalukan pengadil.
"Jika mereka dapat sepakan penalti maka kami juga harus dihadiahkan atas kekasaran terhadap Kevin Ingreso.
"Saya menghormati pengadil tapi ia satu kesilapan yang merugikan kami.
"Saya tidak tahu (nasib saya). Saya akan bertahan hingga sanggup mati di Sri Pahang tapi segalanya terpulang kepada pengurusan untuk membuat sebarang keputusan.
"Kalau semua orang fikir ia demi yang terbaik buat Sri Pahang, saya akur kerana adalah penting menghormati institusi ini.
"Saya tidak mahu timbulkan polemik. Saya tetap akur dengan pengadil dan saya tidak akan mengkritik pasukan. Saya tidak akan menggigit tangan yang menghulur rezeki kepada saya," katanya pada sidang media sejurus perlawanan.
Tiga mata memastikan skuad Peteh naik ke kelompok lima terbaik Liga Super sementara Sri Pahang di tangga ke 11 dengan pungutan lapan mata selepas 11 perlawanan.
Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, merombak jentera serangannya dengan mengetengahkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal yang menyaksikan pemain import dari Liberia itu menggegar gawang pelawat seawal minit pertama.
"Langkah ini bukan disebabkan kegagalan kami menjaringkan gol sebelum ini, tapi lebih kepada perancangan dari awal lagi.
"Kami tahu ada pilihan pemain untuk beraksi.
"Hari ini saya merehatkan Tchetche Kipre dan memasukkan Petrus Shitembi.
"Kalau ada pilihan, mungkin pemain-pemain lain pun kami akan buat pertukaran," katanya.
Astro Arena
Mon Jul 04 2022
GAMEL: Hari ini kami lawan 12 pemain kerana pengadil memang teruk. - Foto Astro ARENA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
'Sri Pahang dirompak pengadil lagi'
Kritikan terbuka itu tampak menjadi isyarat pertemuan berkenaan mungkin menjadi sentuhan terakhirnya bersama Tok Gajah.