awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
LHDN rangka strategi lebih adil agih bayaran balik cukai, utamakan PMKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025

Bernama
Bernama
29/11/2024
14:02 MYT
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Fadzli diberi penerangan oleh Izad Zainal (kiri) tentang fasa akhir kerja-kerja penanaman rumput jenis Bermuda Tifgrand menggunakan keratan akar (stolon) yang telah mula dilakukan di Stadium Darul Makmur hari ini. - Gambar Bernama
KUANTAN: Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata penanaman rumput yang dibawa khas dari Jepun itu bermula Rabu lepas mempunyai ketahanan lebih tinggi serta tahan lasak berbanding jenis sebelum ini.
"Rumput jenis ini merupakan yang pertama ditanam di Malaysia, ia lebih lasak, lebih hijau pekat serta tumbuh lebih rapat dan ia juga mampu menyerap lebih air berbanding rumput jenis lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek naik taraf padang dan rumput di stadium itu hari ini.
Beliau juga berkata kerja menaik taraf stadium seperti mengecat, menukar sistem saliran, papan tanda sekeliling bangunan, membaiki tandas dan surau yang bermula sejak September lepas telah berjaya disempurnakan.
"Peruntukan bagi kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur termasuk pertukaran rumput baharu membabitkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta daripada kerajaan Pahang manakala RM500,000 adalah geran Kementerian Belia dan Sukan," katanya.
Bagaimanapun, Fadzli berkata kerja menaik taraf stadium berusia lebih lima dekad itu masih memerlukan peruntukan besar bagi pembaikan bumbung dan penukaran lampu limpah membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM7 juta.
"Kos penukaran lampu limpah stadium sahaja melibatkan RM3.3 juta dan selebihnya kos penukaran bumbung serta sebahagian bangku yang perlu ditukar," katanya sambil menambah perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Stadium Darul Makmur
#Cow Grass
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan