awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat

Bernama
Bernama
04/11/2019
12:17 MYT
Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Buat masa ini Stadium Shah Alam masih dalam keadaan baik termasuk beberapa kemudahan seperti padang dan struktur bangunannya. - Gambar fail/Wikipedia
Kerajaan Selangor akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Stadium Shah Alam secara berperingkat berikutan kosnya yang terlalu tinggi, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Beliau berkata disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta itu, pihaknya membuat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus, sebaliknya memilih untuk memperbaiki perkara asas terlebih dahulu.
"...kalau mahu buat secara luaran sahaja, ia kurang bermakna kerana fungsi dalaman seperti sistem air dan elektrik mesti diperbetulkan dahulu. Jadi, kita betulkan perkara asas, kemudian baru luaran," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail dalam sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020 pada persidangan DUN hari ini yang meminta supaya kerajaan negeri membaik pulih stadium berkenaan.
Jelas Amirudin, buat masa ini Stadium Shah Alam masih dalam keadaan baik termasuk beberapa kemudahan seperti padang dan struktur bangunannya.
Persidangan DUN bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#belanjawan selangor
#Kerajaan Selangor
#kerja baik pulih
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan