KUALA KANGSAR: Status penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Beliau berkata pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut di peringkat kementerian bagi mencari penyelesaian dan situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat.
"Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
"Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, dijangkakan selepas persidangan Parlimen, 24 Feb ini," katanya selepas pelancaran jersi dan pengenalan pemain kelab BRM FC di sini hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berharap KBS mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada velodrom tersebut bagi melindungi trek kayu itu.
SUKAN-VELODROM 2 (AKHIR) KUALA KANGSAR
Saranan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ada beberapa kawasan di velodrom itu mulai comot dan bertukar kehitaman kerana keadaannya yang terbuka dan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.
Dalam isu berasingan, Adam Adli berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.
"KBS akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil PJS untuk mendapatkan gambaran perkembangan terkini sebelum kita buat keputusan lanjut.
"Kemelut persatuan bola sepak bukan hanya melibatkan di Perak sahaja kerana turut melibatkan di Melaka dan beberapa persatuan sukan yang lain yang masalahnya hampir sama dengan PAFA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Status penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Status penambahbaikan Velodrom Rakyat akhir bulan ini
Status penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Velodrom Rakyat diubahsuai tahun depan: Khairy
Menteri Sukan dan Belia itu menjelaskan, kelewatan pengubahsuaian berpunca daripada kekangan kewangan.