awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stones bakal direhatkan lagi

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2019
02:45 MYT
Stones bakal direhatkan lagi
Stones tidak terlibat ketika berdepan Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu ekoran kecederaan paha. - Astro ARENA
JOHN Stones bakal terlepas lagi aksi bersama Manchester City berdepan Bournemouth tetapi Oleksandr Zinchenko cergas untuk turun beraksi esok.
Pertahanan England, Stones, tidak terlibat ketika berdepan Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu ekoran kecederaan paha, dengan Nicolas Otamendi dipilih bergandingan dengan Aymeric Laporte.
Otamendi-Laporte dijangka sekali lagi turun beraksi untuk City minggu ini dan pengendali pasukan, Pep Guardiola, menawarkan perkembangan mengenai Stones yang perlu direhatkan lagi.
"Dia masih belum cergas untuk beraksi minggu ini," kata Guardiola.
Bagaimanapun, City menerima perkhabaran baik mengenai tahap kecergasan Zinchenko yang kelihatan bergelut ketika seri 2-2 dengan Spurs.
Guardiola mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu sekadar mengalami kekejangan otot dan bakal turun berdepan Bournemouth.
"Dia telah menjalani latihan bersama kami dan dia sekadar mengalami kekejangan otot.
"Berdepan Spurs merupakan aksi yang sukar. Kami telah beraksi cemerlang berdepan Liverpool (dalam aksi Perisai Komuniti) dan pemain mula kepenatan.
"Jika kami lebih tajam dalam kotak penalti, ia akan memudahkan tugas pasukan. Ia merupakan satu perlawanan yang sengit.
"Buat masa ini, Zinchenko belum mendapat rentak bermain dalam jadual yang padat dan ya, dia sekadar mengalami kekejangan otot."
Topic Berkaitan
#Bournemouth
#England
#John Stones
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Oleksandr Zinchenko
#Pep Guardiola
#rehat
#tahap kecergasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan