KUALA LUMPUR: Strategi itu berjaya!
Kemenangan 21-19, 21-14 ke atas juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia akhirnya menamatkan badi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menawan kejuaraan dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022, di Tokyo, semalam.
Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu tetapi menasihatkan Aaron-Wooi Yij supaya memilih rali yang panjang dan tidak terlalu tergopoh-gopoh membalas hantaran.
"Kita dapat lihat betapa bagusnya Ahsan-Hendra bermain mulai pusingan pertama hingga separuh akhir, malah mereka menguasai set pertama hari ini (semalam). Saya memberitahu Aaron-Wooi Yik bahawa, dari segi kelajuan, mereka lebih baik dan boleh mencabar Ahsan-Hendra, tetapi perlu membina keyakinan diri.
"Mereka hanya terus berjuang mata demi mata, sehingga mereka mendapat peluang untuk mendahului dengan beberapa mata, di situlah timbulnya keyakinan mereka untuk memenangi perlawanan," kata Rexy dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final itu.
Kuasa besar badminton seperti Indonesia, China, Jepun, Denmark dan Korea Selatan, malah Singapura, India dan Thailand telah melahirkan juara dunia namun gelaran dunia kekal sukar untuk Malaysia sehingga Aaron-Wooi Yik mencapai kejayaan semalam.
Rexy berkata, sejak kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Oktober lalu, beliau lebih menumpukan pada usaha memupuk set minda kemenangan dan membina keyakinan Aaron-Wooi Yik berbanding kemahiran.
"Apabila menyentuh tahap mereka, kita tidak menumpukan kepada kemahiran dan teknik kerana ia tidak banyak yang perlu diubah tetapi kepercayaan dan keyakinan diri apabila berdepan dengan pemain utama. Jika memiliki pemikiran seperti 'dengan kemahiran saya, saya boleh bersaing dengan sesiapa sahaja.'
"Kemudian cuba kurangkan kesilapan dan pemikiran negatif mereka. Cuma semua perkara ini perlu saya perbaiki...Jadi apabila semua perkara ini dicantum, kemahiran itu akan terserlah," tambahnya.
Mengulas kritikan yang dihadapi oleh pemain kerana sering terkandas di peringkat separuh akhir, Rexy berkata kritikan sebegitu seharusnya hanya membina mentaliti yang kuat terutama pemain bertaraf dunia.
Ditanya tentang perasaannya apabila anak buahnya merangkul kejuaraan, beliau menyifatkan ia bagaikan amat teruja seperti seroang pesakit terlantar dan tiba-tiba sembuh dan boleh berlari.
"Ucapan tahniah kerana menjadi pemain pertama Malaysia merangkul kejuaraan. Saya sentiasa berpesan bahawa mereka hanya perlu bermain untuk diri sendiri, keluarga dan negara.
"Saya bangga dengan pencapaian mereka dan bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang minggu saya berdoa dengan memohon keberkatan diberikan kepada pemain untuk membawa pulang gelaran pertama di pentas dunia untuk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu. - Foto fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke suku akhir.
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia: Dua lagi beregu negara, Tze Yong mara ke suku akhir
Mereka berjaya mara ke pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas menewaskan lawan masing-masing di Gimnasium Binjiang hari ini.
Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir
Tiga beregu negara mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.
Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun
Kegagalan terus menghantui beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Jepun.
Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang
Empat beregu Malaysia bermula cemerlang di pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.
Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy
Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu.
PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.