awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strok haba: Atlet negara diarah ikut garis panduan KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
06/05/2023
01:30 MYT
Strok haba: Atlet negara diarah ikut garis panduan KKM
Adam Adli (enam, kiri) hadir pada pelepasan Program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor, hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mengikuti garis panduan dan nasihat ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada semua atlet negara dalam menangani cuaca panas dan mengelakkan berlakunya strok haba.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pada masa ini semua atlet negara termasuk mereka yang terbabit dalam sukan profesional perlu mengikuti garis panduan ditetapkan.
Menurutnya, antara garis panduan yang mesti dipatuhi semua atlet seperti mengelakkan latihan pada waktu cuaca panas.
"Memang kita terpaksa hentikan beberapa aktiviti dan hanya memberi tumpu kepada latihan biasa pada waktu malam atau pun pada pagi," jelas beliau.
Beliau berkata ketika ditemui selepas pelepasan Program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini hari ini.
Ujar beliau, ketetapan itu diguna pakai sehingga mendapat nasihat daripada KKM dan keadaan cuaca kembali pulih.
"Garis panduan itu akan dipantau dari semasa ke semasa Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
"Soal keselamatan memang menjadi keutamaan kerana kita tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan ingin memastikan (keselamatan) di bawah kita terjamin," katanya.
Khamis lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengeluarkan pekeliling berhubung larangan sebarang aktiviti luar termasuk kokurikulum murid dan pelajar sekolah bagi mengelak serangan strok haba.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pekeliling yang berkuat kuasa pada Rabu itu mesti dipatuhi semua guru besar dan pengetua di seluruh negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#strok haba
#garis panduan KKM
#atlet
#Adam Adli Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan