awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia Hangzhou: Lovely Anne Robberth mara ke pentas final

Astro Arena
Astro Arena
05/10/2023
04:30 MYT
Sukan Asia Hangzhou: Lovely Anne Robberth mara ke pentas final
Lovely Anne berjaya menempatkan dirinya di kedudukan teratas Pool 1 sekaligus mengetepikan cabaran atlet Taiwan dan Vietnam. - Stadium Astro
ATLET karate wanita negara, Lovely Anne Robberth, melangkah ke pentas final dalam kategori kata individu wanita Sukan Asia Hangzhou, di Pusat Gimnasium Linping.
Selepas aksi memberangsangkan di pusingan pertama dengan catatan 38.6 mata di tempat kedua, Lovely Anne terus mempamerkan rutin yang cukup kemas apabila berjaya menamatkan saingan dengan pungutan mata lebih baik, 40.4 mata di pusingan dua.
Lovely Anne akhirnya berjaya menempatkan dirinya di kedudukan teratas Pool 1 sekaligus mengetepikan cabaran atlet Taiwan, Chien Hui Hsuan serta atlet Vietnam, Nguyen Thi Phuong.
Dengan kemenangan ini, Lovely Anne mengesahkan sekurang-kurangnya perak dalam genggaman selepas melayakkan dirinya ke pentas final. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan Asia
#Lovely Asia
#karate
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan