KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia mengambil langkah selamat dengan tidak mengumumkan sasaran Sukan Asia Hangzhou 2022 secara spesifik mengikut warna pingat buat kali pertama sejak beberapa dekad ini bagi mengelakkan tekanan kjepada atlet.
Malah, pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas bagi temasya yang bakal berlangsung di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Chong Kim Fatt, berkata terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy, wushu dan e-sukan sebagai sukan yang diletakkan sandaran pingat pada kali ini.
Pada Sukan Asia kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 289 atlet yang beraksi dalam 22 daripada 40 jenis sukan atau 121 daripada 481 acara yang dipertandingkan.
"Pengumuman sasaran pingat emas sahaja boleh menyebabkan tekanan berlebihan buat atlet dan jejaskan tumpuan mereka pamerkan prestasi terbaik mereka," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 202, di sini, semalam.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak terlibat termasuk pihak Universiti Sains Sukan Nippon, Jepun yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu, Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata langkah tidak mengumumkan sasaran spesifik diamalkan oleh banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia seperti Jepun dan Australia, serta jiran Asia Tenggara seperti Singapura dan Filipina.
"Kita kehilangan 12 pingat berbanding edisi lepas, iaitu dua emas daripada tenpin boling, enam perak (dua dari tenpin boling, empat pencak silat) dan empat gangsa (pencak silat) yang tidak dipertandingkan pada kali ini. Kita mendapat maklum balas daripada atlet selepas Sukan SEA lepas, bahawa mereka berasa tertekan jika diletakkan sebagai sandaran.
"Secara dalaman, memang setiap sukan dan atlet ada sasaran, seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang mahu meraih dua emas, tetapi kita tidak umumkan untuk elak tekanan. Ada 14 atlet kita yang berada dalam ranking lima teratas Asia, mereka boleh naik podium pada bila-bila masa," katanya.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib anggap sasaran 27 pingat itu sebagai realistik dan mampu dicapai, malah mungkin membuka peluang untuk pencapaian yang lebih baik apabila atlet tiada tekanan.
Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Malaysia yang turun dengan misi meraih tujuh emas, berjaya menang sejumlah 36 pingat, iaitu tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa.
Sebelum ini, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei lepas, menerima kritikan hebat selepas mempamerkan prestasi kurang memuaskan dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.
Kontinjen ke Sukan SEA sekadar membawa pulang 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa untuk menduduki tempat ketujuh keseluruhan.
Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kim Fatt dan CDM Sukan Para Asia, KM Rajendran.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Dr Wan Azizah (tengah) hadir pada Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2022 di MSN, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Yeoh (dua, kiri), Mohamad Norza (dua, kanan) dan Chong (kiri). --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Sukan Asia: Malaysia ambil langkah selamat, sasar 27 pingat
Pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas.
Pencapaian terburuk kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA
Kontinjen negara akan pulang dengan hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, menghuni tangga ketujuh.
Analisis pencapaian kontinjen Sukan SEA Jumaat ini
Biarpun sasaran 40 pingat emas ditetapkan sebelum ini hampir mustahil untuk dicapai, pihaknya mahu kem negara membuat sehabis baik.
Sukan SEA Kemboja: Kontinjen negara sasar 40 pingat emas
Kontinjen negara menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh yang bermula 5 hingga 17 Mei ini.
SUKIPT: UPSI optimis raih 15 pingat emas
Jika edisi lalu UPSI berada di kedudukan kelapan, tidak mustahil UPSI mampu menggondol lebih banyak pingat.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Perjuangan di Birmingham peluang tebus kekecewaan
Harapan tinggi diletakkan ke atas barisan atlet negara yang beraksi di Birmingham bagi mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia.
Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri
Gerard percaya barisan kejurulatihan mampu menangani kehilangan pemain perseorangan profesional negara itu.