awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN ASIA: Malaysia benam Singapura 8-2 dalam aksi pertama

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2014
02:24 MYT
SUKAN ASIA: Malaysia benam Singapura 8-2 dalam aksi pertama
Pasukan kendalian Arul Selveraj memulakan suku pertama dengan baik apabila meraih dua gol pada minit pertama - Foto Bernama
Skuad hoki negara menepati jangkaan, apabila memulakan cabaran di Sukan Asia Incheon dengan langkah kanan selepas menumpaskan Singapura 8-2 dalam aksi kumpulan A pada Sabtu.
Pasukan kendalian Arul Selveraj memulakan suku pertama dengan baik apabila meraih dua gol pada minit pertama menerusi sudut penalti Razie Rahim dan jaringan padang Fitri Saari.
Singapura kemudian merapatkan jurang menerusi Abdul Latif Marican minit kesebelas.
Seminit perlawanan bersambung di suku kedua, skuad negara meraih jaringan ketiga menerusi penalti strok Razie.
Singapura kembali merapatkan kedudukan menerusi Noor Shah Silas minit 28.
Selang dua minit, Malaysia kembali melebarkan jurang gol menerusi jaringan Firhan Ashari.
Suku ketiga menyaksikan dominasi Malaysia, dengan dua gol diraih Razie mnit 35 dan Tengku Ahmad Tajuddin minit 37.
Masuk suku keempat, Malaysia menambah dua lagi gol menerusi Tengku Ahmad Tajuddin minit 48 dan Sharun Nabil minit 51.
Topic Berkaitan
#Abdul Latif Marican
#Arul Selveraj
#skuad hoki negara
#Sukan Asia Incheon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan