awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat

Bernama
Bernama
25/07/2023
02:00 MYT
Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat
Muhammad Azeem tidak menolak kemungkinan untuk berlatih di dalam negara terutamanya dalam memantapkan lagi keserasian bersama skuad 4x100m lelaki negara, menjelang aksi di Hangzhou. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yakin mampu melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang pingat, pada penampilan sulungnya pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, dijadual bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Muhammad Azeem berkata dia sememangnya berada dalam landasan tepat untuk menaiki podium acara 100 meter (m) lelaki di Sukan Asia, sebelum dihimpit kecederaan pangkal paha pada Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat, Mei lepas.
"Sekarang saya baharu pulih dari kecederaan, saya harap dapat kekal sihat tanpa sebarang kecederaan menuju ke Sukan Asia nanti.
"Saya juga mahu bina keyakinan diri, supaya saya boleh bawa pulang pingat di Sukan Asia nanti," katanya ketika ditemui selepas sesi bertemu dan bemesra bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) di sini, semalam.
Datuk Rabuan Pit muncul atlet pecut lelaki negara terakhir menaiki podium di pentas temasya sukan empat tahun sekali itu, dengan menjuarai acara riben biru tersebut pada edisi 1982 di New Delhi.
Dalam pada itu, Muhammad Azeem tidak menolak kemungkinan untuk berlatih di dalam negara terutamanya dalam memantapkan lagi keserasian bersama skuad 4x100m lelaki negara, menjelang aksi di Hangzhou.
"Saya sudah berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN), berkemungkinan besar seminggu atau dua minggu sebelum ke Sukan Asia saya akan pulang dan berlatih di Malaysia," kata penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Azeem Mohd Fahmi
#jaguh pecut negara
#Sukan Asia
#pingat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan