awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri

Astro Arena
Astro Arena
24/06/2022
00:00 MYT
Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri
GERARD: Kami agak kecewa kerana dia memutuskan untuk menarik diri. - Foto Astro ARENA
TIMBALAN chief-de-mission (CDM) Sukan Komanwel Birmingham, Gerard Monteiro, kecewa dengan penarikan diri Lee Zii Jia yang ingin memberi keutamaan kepada Kejohanan Dunia, Ogos depan.
Gerard juga percaya barisan kejurulatihan mampu menangani kehilangan pemain perseorangan profesional negara itu malah menggesa sasaran dua pingat emas yang ditetapkan ke atas skuad badminton perlu dikaji semula.
"Saya kecewa kerana ia adalah sukan buat semua rakyat Malaysia. Kami meletakkan sandaran ke atasnya untuk membawa pulang pingat.
"Kejohanan Dunia memang sudah dekat tetapi hanya akan berlangsung dalam tempoh dua minggu kemudian, kami agak kecewa kerana dia memutuskan untuk menarik diri.
"Benar kami perlu lihat semula sasaran pingat emas yang ditetapkan.
"Saya telah pun meminta sekretariat untuk mengusulkannya agar ia boleh dikaji semula," katanya.
Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) itu ditemui ketika membuat lawatan pertamanya sebagai timbalan CDM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Juara, semalam.
Sehubungan itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menyenaraikan Ng Tze Yong untuk melakukan penampilan sulung.
"Choong Hann yakin ada pemain lain tampil ke depan dan muncul sebagai wira negara," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel Birmingham
#Gerard Monteiro
#sasaran pingat emas
#Lee Zii Jia tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan