KUALA LUMPUR: Kejayaan pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022 merupakan 'bukti' pelumba berusia 26 tahun itu telah beralih ke fasa lebih baik.
Jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkata dengan prestasi yang ditunjukkan, atlet kelahiran Muar itu mampu membuat kejutan di pentas Olimpik Paris 2024 akan datang.
"Kejayaan di Birmingham baru-baru ini menunjukkan beliau sudah beralih dari fasa buah putik kepada fasa buah yang masak ranum. Kita semua dapat melihat kemampuan Muhammad Shah di pentas antarabangsa.
"Pencapaian itu juga memberikan jawapan kepada ramai pihak yang sebelum ini tertanya-tanya siapa bakal menjadi pelapis bagi sukan berbasikal negara," katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau berkata temasya Sukan Komanwel merupakan pentas yang mempunyai tahap kompetitif sangat tinggi dan bukan mudah bagi Muhammad Shah meraih pingat berkenaan.
BACA: Sukan Komanwel: Shah Firdaus raih gangsa keirin
Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The PocketRocketman itu, pada masa sama turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Muhammad Shah meraih pingat berkenaan pada 30 Julai lepas.
Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir pada edisi ke-22 apabila Muhammad Shah meraih gangsa di pentas berprestij itu.
Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu adalah melalui Mohd Azizulhasni apabila memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland pada 2014.
Josiah Ng merupakan pelumba negara terakhir merangkul pingat emas di New Delhi pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir. - BERNAMA
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Polis tumpas dua sindiket, rampas dadah bernilai hampir RM800,000
Dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Petaling Jaya tumpas apabila lima lelaki ditahan dan lebih 32 kilogram (kg) pelbagai dadah bernilai hampir RM800,000 dirampas pada 1 dan 4 Mei lepas.
Nenek 75 tahun antara empat ditahan
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.32 juta dalam serbuan berkaitan kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di sekitar kawasan Pontian pada 4 Mei lepas.
Gagal hantar Black Hawk, MINDEF pertimbang batal
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.