Skuad pelayaran paralimpik menepati sasaran yang ditetapkan apabila berjaya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada temasya Sukan Para Asia Incheon di Wangsan Sailing Marina, di sini hari ini.
Ketua jurulatih pelayaran, Mohamad Rezaki Shoib berkata kutipan satu pingat perak dan satu gangsa merupakan bonus kepada skuad pelayaran apabila pingat tersebut tidak disasarkan sebelum ini.
Pingat emas diraih Al Mustakim Matrin dengan kutipan 11 mata manakala Azmi Ani dengan 23 mata, meraih pingat perak dalam acara Perseorangan Keelboat.
"Keseluruhannya, skuad pelayaran negara berjaya di Incheon. Al Mustakim memang kita sasar emas dan dia berjaya beraksi dengan cemerlang seperti dirancang.
"Al Mustakim mendahului pelayar lain sepanjang perlawanan dan diikuti Azmi di belakangnya. Persaingan sengit antara Azmi dan pelayar dari Hong Kong," katanya kepada Bernama.
Pingat gangsa acara itu diraih pelayar Hong Kong, Foo Yuen Wai dengan jumlah pungutan 43 mata manakala pingat gangsa acara Beregu Keelboat diraih pasangan Nurul Amilin Balawi dan Mustafah Junell dengan kutipan 33 mata.
"Mustafah dan Amilin cuba mengejar pingat perak tetapi tidak berjaya apabila perlumbaan tidak diteruskan kerana ketiadaan angin," katanya.
Emas acara tersebut dimenangi pasangan Tan Wei Qiang dan Yap Qian Yin dari Singapura dengan sembilan mata manakala perak diraih Shinya Yamamoto dan Mari Kitagawa dari Jepun.
Bernama
Wed Oct 22 2014
...
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Sukan Para Asia: Skuad pelayaran capai sasaran pingat
Skuad pelayaran paralimpik menepati sasaran yang ditetapkan apabila berjaya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.