awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Paralimpik Rio: Kontinjen Malaysia gagal raih pingat pada hari ketujuh

Bernama
Bernama
15/09/2016
01:02 MYT
Sukan Paralimpik Rio: Kontinjen Malaysia gagal raih pingat pada hari ketujuh
Mohd Shahmil Mohd Saad hanya mampu melakukan angkatan 196kg tetapi ia memadai untuk menyamakan rekod peribadinya yang dicatatkan pada Kejohanan Angkat Berat Piala Dunia IPC 2016 di Kuala Lumpur pada Februari. - fotoBERNAMA / Fail
Kontinjen Malaysia gagal meraih sebarang pingat pada hari ketujuh Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada Rabu.
Mohd Shahmil Mohd Saad yang beraksi dalam acara angkat berat kategori bawah 107 kg hanya mampu melakukan angkatan 196 kg untuk menduduki tempat kelapan daripada sembilan peserta dalam acara itu yang berlangsung di Riocentro Pavilion 2.
Bagaimanapun, angkatan itu sudah memadai untuk atlet berusia 30 tahun itu menyamakan rekod peribadinya yang dicatatkan pada Kejohanan Angkat Berat Piala Dunia IPC 2016 di Kuala Lumpur pada Februari.
Atlet dari Greece, Pavlos Mamalos merangkul emas dengan angkatan 238 kg sementara atlet dari Mesir, Mohamed Ahmed dan atlet dari Iran, Ali Sadeghzadehsalmani, masing-masing meraih perak dan gangsa dengan angkatan 233 kg dan 226 kg.
Sementara itu, atlet negara dalam acara memanah, Yuhaizam Yahya gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas 126-136 kepada Hadi Nori dari Iran pada pusingan penyingkiran 1/16 dalam acara compound. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat berat
#kontinjen malaysia
#Mohd Shahmil Mohd Saad
#Pavlos Mamalos
#Sukan Paralimpik Rio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan