PUTRAJAYA: Kemboja yakin semua kemudahan dan venuenya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bermula 5-17 Mei.
Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Duta Khas Jawatankuasa Kebangsaan Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) Hor Sarun berkata ia termasuk perkampungan sukan yang boleh menempatkan hampir 10,000 atlet bagi temasya dwitahunan itu.
"Semuanya baik. Kami telah bersedia dan merasa bangga untuk menganjurkan Sukan SEA 2023," katanya kepada pemberita selepas Larian Obor Temasya Sukan SEA ke-32, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Sarun mempelawa rakyat Malaysia berkunjung ke negara itu untuk menyokong semua atlet di rantau ini memandangkan tiket bagi rakyat tempatan dan asing adalah percuma seperti yang diumumkan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen baru-baru ini.
Beliau berkata Malaysia adalah negara kelima menjadi tuan rumah larian obor itu dan selepas ini ia akan menuju ke Singapura selepas dibawa dari Vietnam, Filipina, Indonesia dan Timor Leste sejak 21 Mac lepas.
Terdahulu turut hadir Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara; Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin.
Sementara itu, Hannah yang menyertai acara larian obor bersama 250 peserta sebelum itu, melahirkan keyakinan persiapan Kemboja sebagai tuan rumah berjalan lancar sebelum penganjuran temasya sukan itu buat pertama kalinya, bulan depan.
"Larian obor hari ini adalah simbolik kerana kami mengalu-alukan kedatangan delegasi Kemboja di Putrajaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh merupakan antara venue utama yang bakal mencuri tumpuan sempena penganjuran Sukan SEA nanti. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.