SUKAN
Sukan SEA 2025: Keselamatan atlet, pegawai jadi keutamaan MOM

Mohamad Norza ketika sidang media selepas Piala Perdana Menteri CSI1 bagi pusingan kelayakan untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA 2025 di Kuala Lumpur Polo Club hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan atlet dan pegawai di Sukan SEA 2025, Thailand susulan ketegangan hubungan antara negara itu dengan Kemboja.
Ringkasan AI
- Keselamatan jadi keutamaan MOM: Majlis Olimpik Malaysia tidak akan berkompromi terhadap keselamatan atlet dan pegawai ke Sukan SEA 2025 di Thailand, susulan konflik sempadan ThailandKemboja.
- Malaysia ambil peranan diplomatik: Sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim giat membantu menyelesaikan ketegangan sebelum temasya bermula Disember ini.
- Persiapan atlet tetap diteruskan: Proses pemilihan dan latihan kontinjen Malaysia berjalan seperti biasa, dengan MOM optimis isu keselamatan akan diselesaikan segera.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas hadir menyaksikan Piala Perdana Menteri CSI1 di sini yang juga kejohanan kelayakan atlet ekuestrian untuk ke Sukan SEA 2025.
Mohamad Norza berkata persiapan kontinjen membabitkan kesemua jenis sukan juga berjalan seperti biasa dengan proses pemilihan atlet kini giat dijalankan menjelang temasya itu.
"Saya telah berhubung dengan mereka (persatuan sukan) dan harap bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya semua dapat terus menumpukan persediaan ke Sukan SEA," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis lepas di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuding jari mengenai pihak yang dianggap sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami