Pihak penganjur Sukan SEA 2019, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) sedang mengejar masa untuk melengkapkan segala persediaan menjelang edisi ke-30 temasya dwitahunan itu.
Selepas beberapa pertandingan seperti bola sepak, floorball dan polo telah bermula beberapa hari lalu sebelum upacara perasmian pada Sabtu ini, banyak kerja-kerja pembinaan masih berjalan.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pembinaan masih dijalankan terutama di venue perlawanan bola sepak lelaki membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal di sini, di mana pekerja sedang membuka perancah di hadapan stadium.
Lebih mengejutkan, bangunan pusat media yang menempatkan bilik sidang media pula, masih dalam pembinaan.
Perancah masih belum dibuka, dinding belum ditampal dengan simen, manakala simen lantai pula tidak rata dan kemas, ditambah dengan gigitan nyamuk.
Sejak beberapa hari lalu media tempatan dan antarabangsa telah melaporkan masalah yang dihadapi oleh beberapa pasukan, termasuk pasukan bola sepak wanita Filipina yang menghadapi masalah logistik.
Turut menghadapi masalah logistik dan penempatan ialah pasukan bola sepak lelaki Timor Leste, Kemboja dan Thailand.
Media melaporkan bahawa Thailand menghadapi masalah kerana tiga orang ditempatkan dalam bilik hotel yang hanya muat dua orang, selain terpaksa membatalkan latihan di Stadium Bola Sepak Binan kerana kesesakan trafik.
Pasukan Kemboja pula berkongsi gambar bahawa mereka terpaksa tidur di atas lantai di bilik persidangan hotel kerana ketiadaan bilik, lapor sebuah portal tempatan, Inquirer.Net
PHISGOC menerusi kenyataan semalam, meminta maaf terhadap masalah yang dihadapi dan berjanji untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Ini merupakan kali keempat Filipina menganjurkan Sukan SEA selepas menganjurkan temasya itu pada 1981,1991 dan paling terbaru pada 2005.
Lebih 8,000 atlet dari 10 negara ASEAN dan Timor Leste dijangka menyertai 56 jenis sukan pada temasya itu bermula 30 Nov hingga 11 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Antara persekitaran stadium yang masih lagi dalam persiapan sebelum acara bola sepak lelaki perlawanan peringkat kumpulan antara Malaysia menentang Myanmar di Rizal Memorial Stadium hari ini (Isnin). - Bernama
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.