awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Kemboja: 'Kami akan bangkit di Kemboja' - MABA

Bernama
Bernama
28/05/2022
23:00 MYT
Sukan SEA Kemboja: 'Kami akan bangkit di Kemboja' -  MABA
Lee berkata, beliau optimis pasukan kebangsaan boleh mengatasi pencapaian di Hanoi pada Sukan SEA akan datang di Phnom Penh pada Mei 2023. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) berharap pasukan negara akan melakukan kebangkitan dan membawa pulang tiga pingat dalam Sukan SEA Kemboja, tahun depan.
Malaysia hanya memperoleh satu gangsa dalam temasya sukan serantau itu menerusi acara 5X5 wanita dalam Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang berakhir baru-baru ini.
Presiden MABA Datuk Seri Lee Tian Hock berkata beliau optimis pasukan kebangsaan boleh mengatasi pencapaian di Hanoi biarpun masih tinggal setahun untuk melakukan persiapan ke sukan dwitahunan itu di Kemboja.
"Kami akan bangkit pada Sukan SEA akan datang di Phnom Penh pada Mei 2023, biarpun kami hanya ada satu tahun untuk melakukan persiapan.
Saya mempunyai keyakinan penuh kepada pasukan kebangsaan bahawa mereka boleh mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa untuk Sukan SEA akan datang," katanya pada majlis penyampaian insentif untuk meraikan pencapaian pasukan 5X5 wanita di Sukan SEA Hanoi.
Setiap pemain menerima RM10,000 sementara RM15,000 diberikan kepada setiap jurulatih.
Pada masa sama, pemain senior Lee Jo Rynn berkata mereka akan mempertingkatkan kecergasan dan kemahiran bermain untuk menghadapi Sukan SEA akan datang.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#MABA
#bola keranjang
#Lee Tian Hock
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan