awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki

Bernama
Bernama
05/05/2023
04:23 MYT
Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki
Pasukan Bola Tampar Lelaki Malaysia, Teng Wei Ryan Tan (kanan) melakukan pukulan Spike ketika menentang pasukan Myanmar peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2023 pada Khamis. - BERNAMA
PHNOM PENH: Skuad bola tampar lelaki negara tekad berjuang habis-habisan apabila menentang Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan bagi memburu slot ke separuh akhir pada Sukan SEA 2023 di sini.
Ketua pasukan negara Sim Jian Qin menyifatkan perlawanan menentang Vietnam dalam kempen Kumpulan B itu esok adalah misi 'hidup mati', kerana hanya kemenangan akan menjamin tempat buat skuad kebangsaan mara ke separuh akhir.
Beliau berkata walaupun di atas kertas Vietnam merupakan pasukan pilihan, ia bukan menjadi penghalang kepada barisan pemain negara untuk mempamerkan aksi terbaik bagi meraih kemenangan.
"Kelebihan mereka adalah dari segi pemain mereka (Vietnam) yang tinggi, tapi dari aspek pertahanan, pasukan kita nampak lebih baik. Ramai pemain kita lebih rendah daripada mereka, jadi kita boleh bergerak lebih pantas, dan diharapkan nasib menyebelahi kita," katanya.
Seandainya misi layak ke separuh akhir itu berjaya dilunaskan, ia sekali gus turut memperbaiki prestasi buruk skuad kebangsaan ketika edisi di Hanoi, tahun lepas.
Pada temasya edisi ke-31 di Hanoi, skuad bola tampar lelaki negara tersingkir di peringkat kumpulan dan lebih mengecewakan apabila mereka menamatkan saingan tanpa sebarang kemenangan.
Malaysia dan Vietnam bakal membuat perhitungan terakhir dalam saingan Kumpulan B, bagi mengiringi Thailand yang sudah mengesahkan slot dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.
Sementara itu bagi atlet Khairol Shazrime Shamsaimon, beliau optimis skuad negara mampu menjelmakan keputusan positif, selain menyifatkan kesemua 14 pemain disenaraikan ke Kemboja adalah yang terbaik pada masa ini.
"Kita sudah tengok corak permainan Vietnam ketika mereka lawan dengan Myanmar, jadi kita tahu apa kelemahan dan kelebihan mereka," katanya.
Malaysia kini menghuni tangga kedua Kumpulan B, berkongsi empat mata bersama Vietnam yang berada di tempat ketiga, manakala Thailand di kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan terbaik masing-masing dalam Kumpulan A dan B akan layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Skuad bola tampar lelaki
#Vietnam
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan