awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Pekak 2025: Azlan Kuste hadiahkan emas pertama Malaysia

Bernama
Bernama
22/08/2025
06:10 MYT
Sukan SEA Pekak 2025: Azlan Kuste hadiahkan emas pertama Malaysia
Azlan Kuste menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara 800 meter lelaki di Jakarta hari ini. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Detik penuh bermakna tercipta di Pusat Pelatihan Olahraga Pelajar (PPOP) Ragunan, Jakarta Selatan apabila atlet olahraga negara, Azlan Kuste menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025, di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Azlan Kuste menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara 800 meter lelaki di Pusat Pelatihan Olahraga Pelajar (PPOP) Ragunan, Jakarta Selatan, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi sulung Kuala Lumpur 2022.
  • Rakan sepasukan, Aidil A. Asyraf Juakim turut menyumbang pingat perak dengan catatan masa 2:05.21 saat, manakala wakil Brunei, Md Amiruddin Md Zain meraih gangsa.
  • Sorakan semangat kontinjen negara mengiringi kejayaan Azlan dan Aidil, yang disifatkan sebagai permulaan indah buat perjuangan Malaysia dalam edisi kedua SEA Pekak yang berlangsung hingga 26 Ogos.

Lebih manis, emas itu hadir menerusi acara kegemarannya, 800 meter lelaki, sekali gus mengekalkan status juara bertahan selepas menawan edisi sulung Kuala Lumpur 2022 dengan catatan 2 minit 03.97 saat (s).
Kejayaan itu turut digandakan dengan kehadiran rakan sepasukan, Aidil A. Asyraf Juakim yang menghadiahkan pingat perak buat Malaysia selepas mencatatkan 2:05.21s manakala wakil Brunei, Md Amiruddin Md Zain meraih gangsa (2.12.20s).
Sorakan semangat kontinjen negara yang berdiri di tepi balapan seakan-akan mengiringi setiap langkah Azlan dan Aidil A. Asyraf menuju ke garisan penamat sebelum mereka mengangkat tangan tinggi tanda kemenangan sebagai simbol permulaan indah buat perjuangan Malaysia di bumi Indonesia.
Edisi kedua SEA Pekak berlangsung hingga 26 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Pekak 2025
#Azlan Kuste
#pingat emas
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan