awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Sharmendran dipilih bawa Jalur Gemilang di Kemboja - MOM

Bernama
Bernama
27/04/2023
10:12 MYT
Sukan SEA: Sharmendran dipilih bawa Jalur Gemilang di Kemboja - MOM
Sharmendran kini sedang memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam kategori kumite lelaki 75 kg, selepas muncul juara acara sama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur. -Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Jaguh karate negara, R. Sharmendran diberi kepercayaan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, pada 5 Mei ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata antara sebab Sharmendran dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara tersebut adalah kerana atlet berusia 30 tahun itu merupakan prospek emas negara kali ini.
"Selepas meneliti senarai pendek yang merangkumi tujuh calon, MOM memilih Sharmendran untuk diberi penghormatan ini berdasarkan dua kriteria - prospek pingat dan pengalaman," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook MOM hari ini.
Sharmendran kini sedang memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam kategori kumite lelaki 75 kilogram (kg), selepas muncul juara acara sama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Beliau bakal menjadi wakil karate kedua menjadi pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan temasya sukan dwitahunan itu, selepas R. Puvaneswaran diberikan penghormatan melakukannya pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.
Sukan SEA 2023 akan berlangsung sehingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Majlis Olimpik Malaysia
#upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2023
#Stadium Nasional Morodok Techo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan