PHNOM PENH: Malaysia menepati ramalan memenangi pingat emas hoki padang lelaki Sukan SEA 2023 selepas mengatasi Singapura 3-0 pada pertembungan final yang berlangsung dalam cuaca panas dan berangin di padang hoki Stadium Nasionak Morodok Techo, di sini, hari ini.
Kejayaan tersebut menghadiahkan emas ke-32 buat kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan itu yang bakal menutup tirai secara rasmi, malam esok.
Turun beraksi dalam suhu mencecah 39 darjah Celsius, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim diberikan tentangan sengit Singapura sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan di awal suku kedua menerusi penyudah pukulan sudut penalti Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-16.
Anak buah Muhamad Amin terus ditekan Singapura, namun berdisiplin menyerap segala serangan dengan baik sebelum kesilapan pertahanan lawan memberikan peluang buat Malaysia menggandakan kedudukan menerusi penalti strok Muhammad Amirul minit ke-38.
Kelebihan dua gol itu digunakan sebaiknya pasukan negara untuk 'membunuh' perlawanan lebih awal selepas menambah jaringan yang ketiga pada minit ke-48, hasil penyudah gol padang Alfarico Lance Liau Jr sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia.
"Saya puji pemain turun dengan sepenuh hati, main bermati-matian dan dapat sumbangkan emas ke-32 buat kontinjen, itu yang membanggakan saya," kata Muhamad Amin ketika ditemui selepas perlawanan itu.
Beliau menambah: "Secara jujur saya sangat yakin dengan pasukan yang dibawa kali ini, walaupun kita turun dengan pasukan remaja kita masih boleh dikatakan kuasa besar di rantau Asia Tenggara, saya tahu keupayaan dimilik pemain dan kekuatan lawan yang bertanding. Jadi saya sangat setuju dan sahut cabaran dibuat untuk hantar skuad remaja,".
Sementara itu, Muhammad Amirul. yang merupakan pemain senior skuad kebangsaan, berkata kerjasama yang diberikan rakan sepasukan menjadi kunci Malaysia mudah menewaskan Singapura selepas mencatat kemenangan tipis 4-3 pada aksi saingan liga sepusingan sebelum ini.
"Semalam hari rehat dan kita merancang strategi untuk dilakukan dalam padang dan satu pasukan bagi kerjasama yang sangat baik sebab itu perlawanan hari ini nampak mudah.
"Perlawanan sebelum ini kami mahu menang tapi mungkin tidak fokus, jika lihat hari ini kami berikan 100 peratus usaha dan komitmen untuk memenangi emas," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia mencatat kemenangan 100 peratus di sini selepas mengungguli saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah untuk mara ke final selaku pendahulu.
Secara keseluruhan, pencapaian hari ini menyaksikan Malaysia meneruskan dominasi dalam acara hoki padang lelaki Sukan SEA lebih lima dekad.
Malaysia, yang merupakan kuasa besar hoki di rantau ini dengan pencapaian cemerlang 16 pingat emas Sukan SEA sejak 1971, melakukan taruhan berani apabila membariskan 14 pemain remaja dan empat pemain senior bagi mengharungi cabaran di Phnom Penh.
Acara hoki padang kembali membuat kumunculan di Sukan SEA selepas enam tahun selepas ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Kejayaan itu menghadiahkan emas ke-32 buat Malaysia pada temasya sukan dwitahunan itu yang bakal menutup tirai secara rasmi, malam esok. - Bernama
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.