KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu akan memberikan insentif bagi setiap pingat yang berjaya diraih oleh atlet negeri ini pada Sukan SEA 2023 Kemboja yang sedang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Shahrizal Yahaya berkata selain atlet, jurulatih serta pegawai sukan yang terlibat turut akan menerima insentif.
Beliau berkata bagi pemenang pingat emas ganjaran RM4,000 disediakan, manakala pingat perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000).
"Seramai 44 atlet Terengganu terpilih mewakili negara pada Sukan SEA kali ini dalam 16 acara sukan termasuk hoki, basikal, e-sport dan karate.
"Setakat ini seorang atlet karate kita, Siti Nur Azwani Nor Azli telah memenangi pingat gangsa di temasya sukan berkenaan," katanya pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri MSNT di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Pada majlis itu Wan Sukairi turut menyampaikan insentif Skim Wakil Negara (SWARA) berjumlah RM52,000 kepada 52 penerima termasuk atlet, jurulatih dan pegawai yang mewakili negara ke temasya dwitahunan itu.
Wan Sukairi berkata kerajaan negeri sentiasa menyediakan insentif kepada penggiat sukan sebagai galakan untuk memajukan lagi sektor sukan negara.
Menurutnya ia juga selaras dengan sasaran Terengganu untuk terus menjadi kuasa besar sukan negara yang dihormati dan disegani.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Shahrizal Yahaya berkata selain atlet, jurulatih serta pegawai sukan yang terlibat turut akan menerima insentif. - Gambar FB Shahrizal Yahaya
Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Pelaburan AI perlu dimanfaatkan di setiap peringkat masyarakat
Menurut Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. TS. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, inisiatif ini telah disusun untuk memberi panduan yang jelas dalam sokongan terhadap ekosistem pembangunan dan penggunaan teknologi AI negara.
Mesyuarat kaji penubuhan rangkaian 5G kedua Selasa depan
Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional BHD (DNB) akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi mengkaji laporan usaha wajar berkaitan penubuhan rangkaian 5G kedua.
DNB, Ericsson bekerjasama memangkinkan pendigitalan
Kerjasama itu menandakan inisiatif industri perintis yang akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri berbeza dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Maybank Research turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Thailand kepada 2.4 peratus
Maybank Research Pte Ltd, Singapura telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Thailand kepada 2.4 peratus daripada 2.9 peratus disebabkan oleh aktiviti pembuatan yang kurang memberangsangkan
Unjuran KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 2024
Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, berbanding 3.7 peratus tahun lalu, berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April.
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Extra Joss umum tajaan rasmi Liga M, hangatkan kegilaan bola sepak tempatan
Minuman tenaga terkemuka Exra Joss mengumumkan tajaan rasminya bagi musim baharu Liga M melangkaui siaran dengan pengaktifan di lapangan stadium dan zon interaksi peminat interaktif bagi memastikan pengalaman jenama yang holistik.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.