Menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis.

Temasya kali ke-17 itu mengutip tajaan sebanyak RM5.8 juta menjelang upacara pembukaannya yang akan berlangsung 24 Mei ini.

Sebanyak RM3.3 juta daripadanya adalah tajaan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja utama yang menjana dana bagi memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan sedia ada.

Sehubungan itu, persiapan ‘venue’ di sekitar Perlis, terutamanya merujuk kepada gelanggang sedia ada, kini siap 95 peratus dan dijangkakan siap sepenuhnya pada penghujung bulan April.

Aspek keselamatan juga tidak akan menjadi isu kepada mereka yang khuatir kejadian tahun lalu berulang di mana seorang pegawai pasukan dirogol beramai-ramai di perkampungan atlet.

Skuad Perlis mensasarkan untuk meraih 14 pingat emas, 15 perak dan 10 gangsa.