awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat

Bernama
Bernama
16/08/2024
22:00 MYT
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Stephanie Ngu menunjukkan tiga pingat emas yang dimenanginya dalam saingan wushu pada SUKMA Sarawak 2024 di Dewan Wushu SSC Petra Jaya, Kuching, 16 Ogos 2024. --fotoBERNAMA
KUCHING: Tuan rumah mengungguli carta kutipan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan mengumpul keseluruhan lapan emas setakat 10 malam tadi.
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas semalam dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo dan masing-masing satu dalam tenpin boling berpasangan wanita serta wushu.
Stephanie Ngu Chai Ern muncul penyumbang terbanyak emas kontinjen Sarawak apabila meraih satu lagi pingat semalam dalam acara qiangshu yang juga koleksi ketiganya pada temasya kali ini.
Mengekori rapat tuan rumah ialah Melaka dengan tujuh emas manakala Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan enam emas.
Naib juara edisi lepas Terengganu pula di tempat keempat manakala Pulau Pinang di tangga kelima.
Hari ini, sebanyak 23 pingat emas menjadi rebutan sebelum berlangsungnya upacara perasmian SUKMA 2024 di Stadium Sarawak pada 8.30 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#SUKMA
#Melaka
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan