awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan

Bernama
Bernama
04/03/2024
15:15 MYT
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Mohd Najwan berkata Selangor juga optimis dengan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga teratas di temasya sukan dwitahunan itu. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang dijadual bermula 17 Ogos depan.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata Selangor juga optimis dengan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga teratas di temasya sukan dwitahunan itu.
"Dari segi persediaan atlet, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8 juta bagi program pembangunan atlet dan persediaan kontinjen SUKMA," katanya menjawab pertanyaan Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi (PH-Seri Serdang) berhubung persediaan kontinjen Selangor bagi menghadapi temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos itu.
Beliau berkata demikian semasa ditanya ketika menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Isnin.
Mohd Najwan berkata walaupun secara relatifnya jumlah peruntukan untuk persediaan kontinjen Selangor adalah lebih rendah berbanding negeri lain seperti Sabah (RM27.2 juta), Sarawak (RM23.1 juta) dan Terengganu (RM20 juta), namun pihaknya turut mendapat tajaan daripada daripada anak syarikat kerajaan negeri.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut mengambil tanggungjawab untuk menjadi PBT angkat kepada persatuan sukan tertentu yang secara tidak langsung dapat menampung kekurangan dalam peruntukan tersebut.
Sidang DUN Selangor ditangguhkan sehingga 10 pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#jumlah peruntukan
#pbt
#Mohd Najwan Halimi
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan