awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri

Bernama
Bernama
12/08/2024
21:40 MYT
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Kelebihan beraksi di halaman sendiri gagal digunakan Sarawak apabila tewas 0-1 di tangan Perak pada aksi Kumpulan D di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah. - Foto UKAS
KUCHING: Juara bertahan Terengganu menerima tamparan awal selepas tumpas 0-1 kepada Johor pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Stadium Zaidi Adruce di Sibu semalam.
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61 sekali gus memberikan permulaan sempurna buat skuad bimbingan Gonzalo Sanz Zaballos menjelang aksi terakhir menentang Sabah Rabu ini.
Kekalahan itu meletakkan Terengganu yang dibimbing Subri Sulong dalam bahaya dan berdepan misi wajib menang untuk mara ke pusingan kalah mati ketika berdepan Sabah dalam perlawanan terakhir Jumaat ini.
Dalam pada itu, Wilayah Persekutuan menang tipis ke atas Pahang 1-0 meskipun menguasai permainan pada pertembungan Kumpulan D di Stadium Mukah.
Jaringan kemenangan skuad bimbingan Mohd Nidzamadzka Yusoff itu dicipta penyerang Abdul Afiq Hilman Abdul Halim pada minit ke-54.
Pada masa sama, kelebihan beraksi di halaman sendiri gagal digunakan Sarawak apabila tewas 0-1 di tangan juara empat kali Perak pada satu lagi aksi Kumpulan D di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).
Sementara itu, naib juara edisi lepas Pulau Pinang dan Melaka masing-masing terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata selepas terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan C di Stadium Bintulu.
Dalam saingan Kumpulan A pula, juara dua kali Selangor menundukkan Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Azman Hashim, Sibu.
Saingan bola sepak lelaki yang merupakan acara terawal membuka tirai bermula semalam hingga 24 Ogos depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#terengganu
#Sarawak
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan