awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Abdullah santuni majlis pertemuan legenda sukan negara

Bernama
Bernama
18/05/2025
21:45 MYT
Sultan Abdullah santuni majlis pertemuan legenda sukan negara
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan memotong kek bersama barisan pemain hoki Lagenda tanah air yang beraksi pada Piala Dunia Hoki 1975 pada Majlis Sports Flame di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 18 Mei 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Sports Flame yang menghimpunkan bekas atlet kebangsaan bagi meraikan legasi sukan tanah air di sini semalam.
Majlis santai dan mesra yang berlangsung di sebuah hotel di sini turut memberi penghormatan kepada 160 ikon sukan negara yang pernah mewakili Malaysia dari era 1960-an hingga 1980-an.
Keberangkatan baginda menyerikan majlis itu apabila berkenan beramah mesra bersama tetamu yang hadir, selain meluangkan masa bergambar bersama beberapa bekas atlet kebangsaan pada sesi minum petang.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran mengejut legenda kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs, yang menyerahkan jersi kelab bertandatangan kepada Sultan Abdullah sebagai cenderahati.
Antara bekas atlet yang turut hadir ialah Datuk Santokh Singh (bola sepak), Datuk James Selvaraj (badminton), Noraseela Khalid (olahraga) dan Kevin Nunis (hoki).
Sports Flame mula dianjurkan pada tahun 2011 hasil inisiatif empat bekas wartawan sukan negara iaitu Datuk Lazarus Rokk, George Das, Datuk Fauzi Omar dan mendiang R. Velu.
Penganjuran acara edisi tahun ini direalisasikan hasil komitmen dan sokongan ShekhinahPR, agensi perhubungan awam dan penjenamaan sukan terkemuka negara.
Majlis turut mengenang jasa mendiang R.Velu sebagai antara pengasas Sports Flame dan figura yang disegani dalam dunia kewartawanan sukan tanah air.
Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan plak penghargaan kepada wakil keluarga mendiang sebagai tanda mengenang jasa beliau.
Pasukan hoki kebangsaan 1975 turut diberikan penghormatan atas kejayaan bersejarah mereka menamatkan saingan di tempat keempat pada Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#bekas atlet kebangsaan
#ikon sukan negara
#Sports Flame
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami