KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok (10 Mei).
Sultan Selangor yang juga penaung Selangor FC menzahirkan pandangan sedemikian susulan tercetus beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai bola sepak baru-baru ini.
Baginda turut menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Titah Sultan Selangor lagi, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.
“Bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut, Sultan Selangor berkenan menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa sahaja bentuk termasuk gerakan #standwithfaisalhalim #stoptheviolence.
Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin menyeru semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden
yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.
Baginda turut menegaskan, Selangor FC sedia berdepan dengan apa sahaja tindakan, susulan keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Astro Awani
Thu May 09 2024
Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok (10 Mei).
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun itu.
PM tidak ada masalah untuk tunai MA63 apabila Sabah bersedia
Sebaik sahaja Kerajaan Negeri Sabah 'beres' dalam semua perkara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada masalah sama sekali untuk tunaikan apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Menoktahkan golongan miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - PM
Langkah itu adalah keutamaan Kerajaan Persekutuan dan negeri kerana jelas Perdana Menteri jika anak-anak dan keluarga kita tidak cukup makan, ia perlu diselesaikan segera.
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa dengan MFL
Selangor FC sedia berdepan dengan apa sahaja tindakan susulan tidak hadir ke Piala Sumbangsih, titah Sultan Sharafuddin.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Faisal Halim mungkin tak dapat beraksi lima atau enam bulan - Shahril
Shahril berkata, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.