KUALA LUMPUR: Laksana wau melawan angin dengan apa yang dibuat kurang menjadi atau mendatangkan hasil.
Begitulah yang dialami jaguh perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, apabila segala dibuatnya tampak kurang menjadi selepas membuat keputusan menarik diri daripada mewakili negara dalam Sukan Komanwel 2022 Birmingham.
Setelah lebih seminggu membuat pengumuman itu atas alasan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Zii Jia tumpas kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia, 19-21, 21-19, 16-21 pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022 di Arena Axiata di sini, Jun lepas.
Malah, biarpun mempunyai hampir dua bulan menyiapkan diri bagi aksi di Jepun, rezeki tetap tidak memihak kepada pemain nombor lima dunia itu apabila tewas mengejut pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia kepada pemain China, Zhao Jun Peng, 19-21, 21-11, 19-21, semalam, pada kejohanan berprestij yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium.
Bekas pemain negara, Roslin Hashim berpendapat, Zii Jia mensia-siakan peluang keemasan bagi membuktikan keputusan menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 Birmingham adalah tepat selepas "bungkus awal" di Jepun.
"Saya tak pertikai keputusan Zii Jia nak tarik diri daripada Sukan Komanwel dan beberapa kejohanan termasuk Masters Malaysia sebelum ini kerana beliau lebih tahu keadaannya sendiri namun bila lihat keputusan hanya sekadar mara pusingan ketiga bagi saya satu kegagalan.
"Tiada alasan lagi yang perlu diberikan Zii Jia... beliau berdepan laluan yang tidak terlalu sukar untuk ke final selain berhasrat untuk ambil gelaran juara di Kejohanan Dunia namun sebaliknya berlaku," katanya kepada Bernama.
Justeru, Roslin berharap agar juara All England 2021 itu dapat menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan bukannya memilih untuk "memberontak" selepas ini.
Mengulas mengenai aksi semalam, Roslin berkata, Jun Peng dilihat membuat persediaan cukup rapi menentang Zii Jia manakala wakil Malaysia itu ternyata bermain di bawah tekanan lebih-lebih lagi membenarkan lawannya bangkit daripada ketinggalan pada set penentuan.
Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Ong Ewe Hock berpandangan, Zii Jia perlu menjadikan episod duka di Jepun sebagai satu pengajaran berguna baginya untuk meningkatkan prestasi pada masa akan datang.
Katanya, Zii Jia tidak boleh berputus asa dan terus kuat termasuk menerima segala teguran mahupun kecaman dilemparkan kepada pemain kelahiran Kedah itu.
Ewe Hock juga memahami situasi Zii Jia, yang mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri terhadap keputusannya memilih haluan profesional selepas bertindak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun ini.
"Berikan beliau sedikit masa untuk merumuskannya, saya percaya dia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan semasa (menjadi profesional) .
Tambahan pula, beliau perlu berhadapan dengan banyak tekanan daripada media dan peminat tetapi saya hanya berharap dia akan meneruskannya, beraksi dengan baik dan bermain dengan gaya biasanya pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham, Gerard Monteiro menyarankan Zii Jia memikirkan semula strateginya sebagai pemain profesional untuk membuktikan sesuatu yang baik buat negara.
"Mengenai Zii Jia, saya tidak tahu sama ada dia gagal atau tidak kerana saya percaya beliau menghadapi banyak tekanan. Tetapi saya rasa sangat sedih dan seluruh negara sangat kecewa," kata Presiden Persatuan Skuasy Malaysia itu.
Gerard sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya selain terkejut dengan keputusan Zii Jia yang memutuskan untuk tidak bertanding pada Sukan Komanwel 2022 kerana pemain berkenaan merupakan salah satu prospek pingat emas buat kontinjen negara di Birmingham. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Bekas pemain negara, Roslin Hashim berpendapat, Zii Jia mensia-siakan peluang keemasan bagi membuktikan keputusan menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 Birmingham adalah tepat selepas "bungkus awal" di Jepun. - Gambar BERNAMA

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa.

Pemain kriket wanita tagih pendedahan antarabangsa
Mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.

Zii Jia cari rakan 'sparring'
Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan bersama Datuk Hamidin Mohd Amin.

RTG bakal pertimbang permintaan Lee Zii Jia - Hamidin
Antara permintaan yang dibangkitkan termasuklah isu pembiayaan bagi menyertai kejohanan di luar negara.

Zii Jia tersingkir awal lagi di tempat sendiri
Adakah Arena Axiata "gelanggang berhantu" kepada pemain kegemaran peminat badminton negara, Lee Zii Jia?

Tiada masalah dengan pelantikan Tat Meng - Zii Jia
Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah besar berhubung pelantikan Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu pemain perseorangan profesional negara itu.

Zii Jia layak ke pusingan kedua, Tze Yong terkandas
Pemain badminton perseorangan profesional negara Lee Zii Jia melepasi pusingan pertama Masters Malaysia 2023 hari ini, selepas menumpaskan pemain China.

Badminton: Tat Meng jurulatih baharu Zii Jia
Lee Zii Jia menjawab teka-teki mengenai jurulatih baharunya apabila memilih Wong Tat Meng yang turut bertindak selaku Pengarah Kejurulatihan Pasukan LZJ (Team LZJ).

Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.

Zii Jia harap terus konsisten
Menurutnya, kejayaan menewaskan Chou Tien Chen dalam aksi Kumpulan C sememangnya memberikan semangat berganda buatnya.

Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bahawa calon jurulatih baharu yang bakal dipilihnya merupakan individu yang pernah menghasilkan 'sang juara' dalam kejohanan badmin

Hati-hati Zii Jia
Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia memulakan kempen musim ini dengan prestasi suram apabila tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.