awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen
RPN 2026-2035 reformasi strategik pendidikan negara bina modal insan berkualiti
PM New Zealand umum pilihan raya 7 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rogol remaja bukan pemain Kelantan FC - TRW

Bernama
Bernama
02/06/2022
03:50 MYT
Suspek rogol remaja bukan pemain Kelantan FC - TRW
Kelantan FC mengambil serius tohmahan yang dilemparkan pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut. - Facebook TRW Kelantan FC
KOTA BHARU: Kelantan FC hari ini mengesahkan bahawa tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di sini Ahad lepas.
Pengurus Operasi TRW Kelantan FC Qusmaini Noor Rosli berkata perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.
"Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan suspek seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.
BACA: Pemain bola sepak ditahan berhubung kes dakwaan rogol
Qusmaini berkata Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.
"Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak
#Kelantan FC
#rogol
#Qusmaini Noor Rosli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan