Atlet karate wanita negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan melupakan kesakitan daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya untuk menang dalam acara kumite dan menghadiahkan emas kelima buat kontinjen Malaysia hari ini.
Kemenangan pada temasya Sukan Asia yang pertama kali disertainya adalah pencapaian terbaik Syakilla Salni selepas meraih emas pada Sukan SEA Myanmar.
Syakilla Salni, 22, menang emas dalam acara kumite bawah 61kg wanita selepas menewaskan lawannya dari Uzbekistan, Barno Mirzaeva.
Anak kelahiran Klang, Selangor itu mengutip 10 mata untuk menewaskan lawannya Barno yang sekadar meraih dua mata walaupun dilihat agak agresif menyerang lawan.
"Saya lupakan kecederaan saya tadi. Saya tidak fikir sakit langsung...cuma fikir untuk buat yang terbaik," katanya.
Syakilla Salni mengalami kecederaan hamstring atau pangkal paha berulang ketika berdepan lawannya dari China Yin Xiaoyan pada separuh akhir selepas diasak keras di bahagian kaki.
Terdahulu, pada pusingan pertama Syakilla Salni menewaskan lawannya dari Filipina Princess Diane Sicangco 3-1 untuk mara ke suku akhir menewaskan lawannya dari Vietnam Bui Thi Ngoc Han 4-1.
Pada perlawanan separuh akhir pula, Syakilla Salni menang 2-0 ke atas Yin Xiaoyan dari China untuk mara ke peringkat akhir.
Bagaimanapun, nasib berbeza kepada seorang lagi pemenang pingat emas Sukan SEA Myanmar, S. Senthil Kumaran apabila terpaksa akur dengan pingat gangsa selepas terlepas aksi akhir apabila tewas kepada lawan dari Arab Saudi Imubarak Abdullah Alharbi dengan 0-8.
Pada perlawanan penentuan pingat gangsa acara kumite bawah 55kg lelaki, Senthil menundukkan lawan dari Indonesia Suryadi selepas undian juri berpihak kepada atlet negara semasa kedudukan terikat 4-4.
"Saya target untuk dapatkan pingat emas namun saya tetap bersyukur dengan pingat gangsa sebab ini kali pertama menyertai Sukan Asia," katanya.
Senthil, 22, kelahiran Dengkil, bermula dengan baik apabila menewaskan lawan dari tuan rumah Korea Selatan Gu Juyeong pada pusingan pertama 3-1, sebelum menang 7-0 dengan peserta Nepal Bijay Lama untuk ke separuh akhir. - Zuriati Zulmi
Bernama
Fri Oct 03 2014
Ini adalah pencapaian terbaik Syakilla Salni. - AP Photo/Dita Alangkara
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Syakilla Salni lupakan kesakitan untuk raih emas
Syakilla Salni menang emas dalam acara kumite bawah 61kg wanita selepas menewaskan lawannya dari Uzbekistan, Barno Mirzaeva.