awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Agil gemar berhibur namun tetap fokus pada tanggungjawab

Dinni Azween Zakaria
Dinni Azween Zakaria
09/08/2017
12:04 MYT
Syed Agil gemar berhibur namun tetap fokus pada tanggungjawab
Syed Agil menyeru semua rakyat Malaysia turun padang dalam memberi sokongan kepada semua kontinjen negara yang berentap dalam Sukan SEA kali ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Menjadikan muzik sebagai terapi melepaskan tekanan dan penat, pemain tenis negara Syed Mohd Agil Syed Naguib, 23, sebenarnya mempunyai impian untuk menjadi ahli muzik .
“Saya akan dengar muzik bila saya ada masa terluang, apa sahaja genre muzik, kalau diberi pilihan saya pilih untuk menjadi ahli muzik," ujarnya.
Syed Agil yang gemar bemain gitar beranggapan setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam berhibur, dan dia semestinya akan memilih muzik kerana elemen itu sangat dekat dengan jiwanya.
Syed Agil yang ditemui Astro AWANI di Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta pada Rabu mengakui, sebagai anak muda, dia gemar bersosial di pusat-pusat hiburan jika mempunyai masa terluang.
Namun, semua itu dilakukannya secara santai untuk merehatkan minda setelah berhempas-pulas menjalani latihan fizikal pada kebanyakan masa.
Muzik menjadi sebahagian daripada faktor santai Syed Mohd Agil. - Astro AWANI/Shahir Omar
Muzik menjadi sebahagian daripada faktor santai Syed Mohd Agil. - Astro AWANI/Shahir Omar
Meskipun mempunyai sosok tubuh yang sasa lantaran setiap hari meluangkan masa membuat latihan kecergasan di gimnasium, Syed Agil sempat berkongsi mengenai sisi lain dirinya yang gemar memasak.
Bagi jejaka yang disifatkan sebagai penyayang dalam kalangan rakan-rakannya itu, kemahiran memasak tersebut serba sedikit membantunya dalam menjaga pola pemakanan yang sihat.
Syed Agil tidak lupa tanggungjawab. - Astro AWANI/Shahir Omar
Syed Agil tidak lupa tanggungjawab. - Astro AWANI/Shahir Omar
Dalam pada itu, Syed Agil tidak lupa akan tanggungjawab untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pemain tenis negara, bahkan dia sudah bersedia untuk berentap bersama pasangan regunya, Assri Merzuki menjelang Sukan SEA 2017.
Berbaki kurang dari 10 hari menjelang temasya itu, Syed Agil sempat berkongsi kisah di mana dia terpaksa direhatkan selama dua bulan akibat kecederaan di tangan.
Namun, berbekalkan semangat yang tinggi dia terus bangkit pada Jun lepas bagi membuktikan bahawa dirinya sudah pulih sepenuhnya untuk menempah tiket ke temasya dwi tahunan tersebut.
Berbekalkan prinsip tidak mudah gentar dan sentiasa percaya pada diri untuk melakukan terbaik, Syed Agil yakin akan mendapat sokongan padu daripada keluarga, rakan-rakan dan rakyat Malaysia.
Pernah mendapat ranking tertinggi pada 2014 dan 2015, Syed Agil menyeru semua rakyat Malaysia turun padang dalam memberi sokongon kepada semua kontinjen negara yang berentap dalam Sukan SEA kali ini.
Topic Berkaitan
#atlet negara
#BangkitBersama
#rakyat
#rakyat Malaysia
#sukan
#Sukan SEA
#syed mohd agil syed naguib
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan