awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman 2022

Bernama
Bernama
13/03/2022
20:43 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman 2022
Babak penentuan menyaksikan pasangan negara meneruskan asakan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 pada Ahad.
Pada perlawanan akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim, gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.
Pasangan negara yang diletakkan sebagai bukan pilihan berjaya menggagalkan hasrat gandingan baharu China itu untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20, sebelum memenangi set pertama 23-21.
Beberapa kesilapan mudah dilakukan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin mengundang padah apabila mereka tewas set kedua 21-16, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.
Babak penentuan menyaksikan pasangan negara meneruskan asakan namun aksi 'mengasak' Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.
Kali terakhir pasangan negara mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas 21-19, 21-12 kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia.
Selepas kejayaan sulung mereka semalam, Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan beraksi pada kejohanan All England 2022 di Birmingham yang membuka tirai pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.
Sementara itu, Kunlavut Vitidsam dari Thailand yang menewaskan pemain negara Lee Zii Jia, muncul juara baharu perseorangan lelaki Terbuka Jerman 2022 selepas menundukkan lawannya dari India Lakshya Sen 21-18, 21-15.
Lain-lain keputusan:
---------------------------
Beregu campuran:
Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong (CHN) 21-11, 21-9
Perseorangan wanita:
He Bing Jao (CHN) mn Chen Yu Fei (CHN) 21-14, 27-25
Beregu wanita:
Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN) mn Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (BUL) 21-16, 29-30, 21-19
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#terbuka jerman
#China
#Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan