awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel

Bernama
Bernama
27/03/2022
21:10 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan raih gelaran kedua di Basel
Pada set pertama, aksi bertenaga Sze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan mereka berjaya memberikan saingan sengit sehingga kedudukan terikat 14-14, pada final Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk merangkul gelaran kedua musim ini tidak kesampaian apabila tewas di pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi.
Selepas cemerlang menjuarai Terbuka Jerman dua minggu lepas, impian gandingan ranking ke-18 dunia itu disekat beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan kemenangan 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit di St. Jakobshalle.
Pada set pertama, aksi bertenaga ditampilkan Sze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan mereka berjaya memberikan saingan sengit sehingga kedudukan terikat 14-14, namun pengalaman menjadi pemisah apabila gandingan Indonesia itu mula mengungguli permainan untuk mencatat kemenangan 21-18.
Kekalahan itu sedikit merencatkan rentak pasangan negara yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 3-8 sebelum berjaya bangkit mengikat kedudukan 10-10.
Tetapi ia belum cukup untuk mengekang penguasaan pilihan keempat kejohanan itu yang memuktamadkan kejayaan dengan 21-19.
Menerima nasib sama di pentas final adalah beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang ditewaskan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Lohau 21-12, 18-21, 17-21 dalam pertarungan selama 65 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Switzerland
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani
#Indonesia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan