awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China

Bernama
Bernama
22/09/2024
13:36 MYT
Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini. - Foto: Facebook Badminton Association of Malaysia (Goh Ean Jie)
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai saingan Terbuka China dengan menewaskan pasangan tuan rumah di Changzhou hari ini.
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini selepas muncul juara Terbuka Jepun, bulan lalu.
Pada aksi final, gandingan nombor 12 dunia itu yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan tidak diberi laluan mudah oleh He Ji Ting-Ren Xiang Yu apabila tewas 13-21 di set pertama.
Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak mengalah apabila bangkit mencatat keputusan 21-12, 21-17 ke atas lawan di ranking ketujuh dunia itu sekali gus menoktahkan kemenangan bersejarah mereka.
Selaku juara Terbuka China, Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$148,000 (RM622,361)manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih AS$70,000 (RM294,360).
Kecemerlangan itu juga membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul beregu lelaki negara kedua mengungguli Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan legenda adik beradik Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada 1989.
Sebagai rekod, hujung bulan lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan menerima permohonan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk bergerak secara profesional bermula 1 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beregu lelaki profesional negara
#Terbuka China
#Juara
#badminton
#Goh Sze Fei
#nur izzuddin rumsani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan