awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-Ee Wei gagal lepasi pusingan kedua Terbuka Singapura

Bernama
Bernama
29/05/2025
20:50 MYT
Tang Jie-Ee Wei gagal lepasi pusingan kedua Terbuka Singapura
Mengakui banyak melakukan kesilapan mudah sepanjang beraksi, Tang Jie-Ee Wei (gambar) nyata kecewa apabila tewas kepada Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan pada pusingan kedua Terbuka Singapura semalam. - Foto BAM
SINGAPURA: Hasrat beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melakar hari sempurna buat kem badminton negara di kejohanan Terbuka Singapura tidak kesampaian selepas tunduk kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan di pusingan kedua semalam.
Pasangan nombor empat dunia itu yang kembali bergandingan selepas perpisahan singkat pasca All England 2025, terpaksa akur dengan kekalahan straight set 18-21, 18-21 dalam tempoh 39 minit di Stadium Tertutup Singapura.
Kekalahan itu nyata mengecewakan mereka yang mengakui banyak melakukan kesilapan mudah sepanjang aksi.
"Hari ni memang banyak buat silap. Lawan kami bermain lebih baik tetapi kami terlalu banyak buat kesilapan," kata Tang Jie kepada Bernama.
Ee Wei pula menegaskan kekalahan itu tidak ada kaitan dengan episod perpisahan mereka sebelum ini, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada kejohanan seterusnya di Jakarta.
"Kami akan cuba yang terbaik. Sudah tentu, seperti pemain lain, kami juga mahu menang," katanya.
Tang Jie-Ee Wei akan membuka kempen Terbuka Indonesia 2025 menentang gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto di Istora Senayan minggu depan.
Di sebalik kekalahan itu, kem negara masih boleh menarik nafas lega apabila lima lagi beregu negara mara ke suku akhir termasuk Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki) , Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita) dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turut mengesahkan tempat ke suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#beregu campuran negara
#Terbuka Singapura
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami