awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik diri Piala CAFA, Harimau Malaya atur aksi jumpa Singapura

Astro Arena
Astro Arena
19/07/2025
23:40 MYT
Tarik diri Piala CAFA, Harimau Malaya atur aksi jumpa Singapura
- Foto Astro ARENA
DIFAHAMKAN, skuad negara akan menjalankan latihan di Kuala Lumpur, September depan.
Usai penarikan diri Harimau Malaya daripada kempen Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA), kem negara sedang mengatur perlawanan persahabatan menjelang kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) nanti.
Terdahulu, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, bakal mengumumkan perancangan menggantikan kejohanan tersebut dengan dijadualkan aksi pemanas badan akan diadakan.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, difahamkan Singapura merupakan antara calon untuk menguji skuad kebangsaan sebelum persiapan menghadapi aksi seterusnya dalam Kelayakan Piala Asia.
Namun, belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setakat ini.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Singapura ialah pada Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Topic Berkaitan
#Piala CAFA
#harimau Malaya
#FAM
#Singapura
#perlawanan persahabatan
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan